14 Februari 2013 - 18:06

2 orang disahkan terkorban sempena ulangtahun revolusi Bahrain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang remaja perempuan dari perkampungan Abu Saiba' hari ini gugur syahid setelah terhidu gas beracun yang dilepaskan oleh polis regim dalam satu tunjuk perasaan.

Aminah Sayid Mahdi telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas kelmarin, namun pasukan perubatan gagal menyelamatkan nyawanya.

Pihak berkuasa regim Bahrain dilaporkan telah melanggar hak asasi manusia dengan melepaskan gas beracun di kawasan kediaman rakyat sehingga ke dalam rumah sehingga menyebabkan kematian puluhan penduduk.

Sementara itu seorang remaja 14 tahun bernama Husain Ali Ahmad al-Jazeeri maut hari ini setelah ditembak tepat pada dadanya. Kejadian ini terjadi pagi tadi di al-Diyah. Pihak hospital turut mengesahkan kematiannya akibat tembakan.

Penduduk Bahrain mengambil inisiatif menyambut ulangtahun revolusi ke-dua sejak kebangkitan Februari 2011 dengan mengadakan berdemonstrasi besar-besaran di seluruh negara. Mereka menuntut pihak kerajaan menghapuskan diskriminasi yang sering diterapkan dalam pemerintahan regim Al Khalifah.